Testimonial
Oxy-PI water
Testimoni 1
Bagi mereka yang sudah tidak larat lagi untuk teruuus makan ubat setiap
hari, boleh lah mengambil OXY Pi D'Ionik sehari 3 botol. PH airnya yang
beralkali, terbaik selepas Air Zam-Zam. Begitu banyak air botol yang
kita sangkakan air beralkali tinggi sehingga jenama yang terkenal Sxxx
juga kita sangkakan ianya beralkali tinggi, tetapi apabila diuji, ternyata
PHnya ke tahap asid. Air yang berasid, sememangnya tidak baik untuk
kesihatan. Oxy dapat membantu mengurangkan 'water retention' dalam badan
bagi mereka yang 'gemuk air'. Air ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Testimoni yang terhebat yang saya alami sendiri ialah abah saya yang
telah pun dipastikan 'confirmed' oleh doktor pakar perubatan di pusat
perubatan terkenal bahawa dia tidak lagi boleh berjalan, maka kami harus
menyediakan kerusi roda yang bermotor. Ini disebabkan menurut kata doktor,
badan abah ibarat seperti dinding yang tidak kukuh dan apabila diketuk
paku, pasti akan berderai.
Abah tidak mempunyai penyakit seperti kencing manis, maupun darah tinggi,
tetapi sudah menjalani 'By Pass Surgery' sudah 2 kali dan sekarang ini
sudah pun melebihi tempoh 10 tahun selepas pembedahan. Beliau terlantar
sakit teruk pada tahun lepas di hari lahir beliau yang ke 64 hingga
tak boleh bergerak langsung, semuanya harus dibantu. Sudah berada di
alam 'lain'. Maksud saya, beliau seperti berada di zaman tahun 1970
dan 80an. Meracau...tidak ingat hari apa.
Hari Raya Aidilfitri (2004) pun beliau tak ingat, dia sangkakan kami
ni masih berada di alam persekolahan dan macam-macam lagi kesakitan
yang dia alami. Badan pun semakin membengkak, dari satu hospital ke
satu hospital kerajaan, dan akhirnya ke Pusat Rawatan swasta. Bila kesihatannya
pulih, beliau tidak boleh berjalan dan bergerak banyak. Tanpa pengetahuan
beliau emak selalu menuang air OXY ke dalam bekas botol air mineral
yang lain kerana abah cuma percaya pada ubat doktor sahaja.
Alhamdulillah, selepas sebulan keluar dari hospital dan meminum air
OXY setiap hari, beliau sudah boleh turun katil dan bertongkat perlahan-lahan.
Sekurang-kurangnya mak saya tidak terlalu letih menjaganya kerana dia
mampu untuk mandi dan buang air sendiri. Sekarang, tidak perlu pakai
beg air kencing yang digantung, kemudian tukar kepada tiub yang menyeksakan
dan sekarang prostatnya boleh dibedah tanpa banyak masalah dan boleh
buang air kecil secara normal. Memang doktor pakar tidak percaya dia
boleh pulih sedikit demi sedikit dengan progress yang memberangsangkan.
Ingatannya juga pulih seperti sediakala.
Kini sudah mula 'meronda' ke sana-sini dengan mak saya.
Testimoni 2
Seorang anak kecil yang mengalami masalah usus yang kronik sering tidur
dalam keadaan air liurnya bercampur darah. Namun apabila mengambil air
OXY-Pi setiap hari secara tidak sengaja tanpa pengetahuan bapanya (seorang
ahli DCL – yang meletakkan OXY-Pi di atas meja), tidur si anak
tidak lagi bertemankan air liur bercampur darah. (diceritakan oleh si
bapa sendiri).