Testimonial
Inte-Cleanse
Saya mula mengambil Inte-Cleanse
sejak ianya mula diperkenalkan bagi menggantikan produk yang terdahulu.
Amat mudah untuk dijadikan sebagai DETOX (Pembersihan Usus) dan untuk
melangsingkan badan. Setiap malam saya pasti mengambilnya sebanyak 2
biji kapsul sebelum tidur. Esok pagi, pasti akan ke bilik air untuk
dibuang segala toksid dan kekotoran dari dalam usus.
Bagi anda yang bermasalah sembelit atau susah
untuk menurunkan berat badan, cubalah Inte-Cleanse. Saya
akan memakan 3 biji jika pada hari itu saya memakan sesuatu yang berkolesterol
tinggi seperti pizza, Mc D
atau KFC. Saya masih menyusukan anak yg sudah berusia hampir 3 tahun.
Kiranya kami ni memang semulajadi
sembelit. Anak-anak ketika masih kecil juga menghadapi masalah yg sama
walaupun minum air yang cukup dan
sayur-sayuran. Bila saya menyusu dan mengambil Inte-Cleanse, anak saya
juga akan buang air besar dengan lancar.
Walaupun bentuk badan tidaklah ketara turun dari
segi saiz, tetapi dari segi timbangan, memang banyak kurangnya. Jadi,
tahulah saya dari mana datangnya berat yang dah dikeluarkan selain dari
lelemak tebal ni.Anda boleh cuba tingkatkan ke 4 biji sekali makan jika
2 atau 3 biji tidak memadai. Jika anda tercirit-birit kerana mengambil
2 biji, kurangkan kpd 1 biji dan bolehlah berselang hari memakannya.
Tetapi Inte-Cleanse tidak memulaskan perut kita seperti kebanyakan produk
yang lain.
Adakalanya kita heran kerana kita makan pelbagai
produk untuk menurunkan berat badan, tapi tak menjadi. Begitu juga dengan
makanan tambahan dan sebagainya. Ini semua adalah kerana penyerapan
usus yang lemah. Ibarat penapis air atau water filter di rumah. Sudah
terlalu banyak yang ditapis, tanpa dicuci bersih, sudah pasti air yang
melaluinya tidak dapat ditapis dengan baik dan hasilnya, air yang kotor
yang penuh dengan bakteria dan sebagainya kita minum.
Jika anda mahu memulakan mengambil apa-apa produk
kesihatan, pastikan usus anda dibersihkan dahulu selama 3 hari berturut-turut
dengan 2 biji kapsul setiap malam. Kemudian, keesokan harinya barulah
anda mulakan mengambil apa-apa produk tambahan.