Testimonial D~Bless
Saya tidak mempunyai testimoni sendiri mengenai kehebatan d-bless ini.
Tapi saya belikan untuk ibu saya yang selalu sakit-sakit badan dan bisa-bisa.
Terutama tapak kaki kiri beliau yang selalu membengkak. Ibu saya seorang
yang begitu aktif. Dia menjaga abah saya yang tidak boleh bergerak banyak
akibat pelbagai penyakit yang bukan pembunuh. Tapi sakit seperti tulang,
jantung yang sudah dibuat by-pass dan sudahpun melepasi had masa 10
tahun, jadi, jantung sudah mula menampakkan tanda-tanda kegagalannya
sedikit demi sedikit. Ibu jugaklah pemandu peribadi abah ke mana-mana
sahaja, dia juga tukang segala. Kiranya segala kerja dia buat dan mereka
selalu ke sana-ke mari hingga ke Kelantan, Johor dan Kedah. Ibulah yang
memandu.
Kesihatannya selalu terganggu. Demi membantu ibu sedapat yang mungkin,
saya bekalkan beliau dengan d-bless. Alhamdulillah, bengkak kakinya
sudahpun surut yang menurut doktor, harus menjalani terapi demah/rendam
dengan ais. Bisa-bisa dan sakit-sakit badan, jarang dia rasa.
D-bless amat sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit yang
kronik. Sehingga ke tahap barah. Tetapi harus lah kita tahan
akan 'healing crisis' nya yang boleh mengakibatkan demam dan ada yang
berlarutan sehingga seminggu. Sebenarnya cara perubatan Homeopathy adalah
membongkar segala penyakit kita dan mengubatinya. Homeopathy bukan seperti
dadah atau ubatan lain yang membenamkan penyakit di dalam badan kita
dan akhirnya mengakibatkan penyakit yang lain pula. Jadi, anda mestilah
kena bersabar dan bertahan jika mahu sembuh dari pelbagai penyakit.
D-bless amat-amat istimewa cara pengubatannya. Begitu ramai yang telah
sembuh dari penyakit kronik mereka.