INFO AM
Kesihatan adalah aset utama melahirkan golongan yang
bijak, harmoni, penyayang dan berdaya juang. Tetapi untuk mengekalkan
kesihatan yang baik adalah amat sukar disebabkan pencemaran air, udara
& tanah serta pengambilan pemakanan harian yang tidak seimbang.
Pengambilan gula, garam & lemak yang terlalu banyak
dihubungkaitkan kepada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis
(diabetes), strok (angin ahmar), kolestrol yang tinggi & kegemukan.
Kesemuanya ini dikenali sebagai penyakit pembunuh dan untuk mengelakkannya
& mengekalkan kesihatan, selain daripada keperluan pengambilan pemakanan
seimbang & senaman yang teratur; pemakanan kesihatan semulajadi
tanpa kesan sampingan adalah amat diperlukan.
Merawat dan menjana kesihatan berasaskan pemakanan
alamiah iaitu HERBA dan penghasilan daripada lebah (MADU & BEE POLLEN)
adalah merupakan amalan manusia berabad lamanya. Begitu juga dengan
GAMAT, yang mana hari ini telah diperkui keberkesanan penggunaannya.
Penggunaanya amat meluas dan sehingga kini manusia masih menggunakannya
sebagai Pemakanan Kesihatan dan Perubatan.
Justeru itulah kajian-kajian mendalam telah dilakukan
pleh pakar perubatan tradisional dan moden yang mana hasilnya seperti
dilihat hari ini didapati sungguh berkesan untuk tujuan di atas. Penggabungan
Sumber HERBA Tempatan & Timur tengah (Tanah Arab) serta penghasilan
lebah (MADU) & GAMAT telah diterjemahkan bagi menghasilkan Satu
Rangkaian Produk Kesihatan DE CLASSIC LIFE yang berkualiti,
bebas daripada steroid dan alkohol serta tidak menggunakan bahan pengawet;
yang mana tidak menginggalkan kesan sampingan.
Penghasilan produk Kesihatan DE CLASSIC LIFE
adalah disediakan berasaskan kajian yang mendalam daripada Kitab Al-Quran,
Kitab-Kitab Perubatan Islam Tersohor seperti Tajul Muluk, Tibbun Nabawi,
Khazanatul Insan, Mujarabat Melayu, Pusaka Melayu, Dunia Hikmat &
pelbagai sumber rujukan tentang perubatan tradisional serta pakar rujuk.
Tidak ketinggalan sumber kajian moden juga dijadikan rujukan bagi pemantapan
penghasilan.
Penyediaan Produk Kesihatan DE CLASSIC LIFE
yang berasaskan kajian mendalam mampu menyumbang kepada kecermelangan
kesihatan manusia dan hasilnya terbukti sungguh positif melalui kaedah
Rawatan dan Penjagaan Kesihatan dengan kaedah 5P (Pencucian,
Pembakaran, Pembinaan, Penyingkiran dan Pembetulan).