FAQ
Bidadari
Soalan : Selepas mengambil bidadari seperti yang dicadangkan selama
sebulan, apakah sukatan yang dicadangkan untuk mengambil Bidadari secara
berterusan?
Jawapan : Selepas sebulan minum Bidadari dengan
sukatan 2 sudu pagi dan 2 sudu malam, amalkan minum Bidadari 1 sudu
pagi dan 1 sudu malam setiap hari ataupun 3 kali seminggu. Ini bertujuan
untuk mengekalkan sistem dalaman badan yang telah dibaikpulih oleh sepanjang
sebulan pertama pengambilannya Bidadari..
Soalan : Bilakah masa yang sesuai untum minum Bidadari bagi wanita yang
baru bersalin?
Jawapan :
waktu yang paling selamat untuk ambil bidadari untuk orang dalam pantang
bersalin adalah selepas 3 minggu bersalin. sebab di awal masa bersalin,
tubuh badan kita tidak berapa kuat dan memang darah yang keluar pun
banyak. jadi untuk mengelakkan risiko tumpah darah, waktu paling selamat
adalah selepas 3 minggu. masa tu penghujung nifas..jadi, bidadari ni
berfungsi untuk mengeluarkan saki baki darah kotor di penghujung nifas.
Fakta ini saya dapat dari seorang pakar perubatan
alternatif yang mengamalkan perubatan homeopati..sebab ada 9 bahan herba
yang sangat kuat dalam satu botol bidadari tu. kita hanya nak 'play
safe'. sebab ini melibatkan kesihatan dan nyawa individu. tumpah darah
yang banyak boleh menyebabkan kehilangan nyawa..jgn main-main. jadi,
paling selamat, ambik bidadari pada minggu ketiga dalam pantang.
ini bukan satu andaian..tapi ini penerangan yang diberikan oleh doktor
tersebut. memang bidadari ni bagus, tapi kita kena ambil dengan cara
yang betul dan selamat.
Soalan : Kenapa lepas bersalin boleh minum
bidadari sedangkan ketika itu darah nifas sedang keluar, tapi waktu
datang haid tak boleh minum?
Jawapan :
Lepas bersalin, kita mmg baru lepas melalui satu perubahan dlm kehidupan
kita. Proses mengandung dan melahirkan bayi tu, telah merubah keadaan
rahim, peranakkan dan sistem kewanitaan kita yg lain...jadi selepas
melahirkan, kita nk betulkan semula..membina semula..sebab tu kena keluarkan
segala darah2 kotor dr rahim..bidadari akan mencuci rahim semula...
kalau dlm keadan haid..ni proses normal yg kita lalui setiap bulan.
kita dilarang minum bidadari masa ni sebab ditakuti darah turun dgn
byk dan ditakuti menggganggu tugasan harian kita. bukan le disebabkan
bidadari boleh bahayakan rahim atau sebagainya.. sebab tu lepas bersalin..kita
berpantang..rehatkan diri..utk betulkan semula segala2nya..tapi time
period..kita jalani hidup/kerja seperti biasa..kan?..sebab tu tak digalakkan
ambil bidadari...
Soalan : Bidadari ni ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan ke tidak?
Jawapan : Pemakanan Kesihatan atau Minuman yg
tidak dikelaskan dalam kategori ubatan tidak perlu kelulusan KKM. Tidak
mengandungi dadah dan bukan UBAT.
Soalan : Ibu yg sedang menyusukan anak boleh ke minum bidadari
ni?
Jawapan :
Anda boleh mengambil Bidadari walaupun masih menyusukan bayi. Bidadari
tidak panas dan tidak menjejaskan pengeluaran susu badan.
Soalan : Bolehkah Bidadari diminum oleh wanita yang belum berkahwin?
Jawapan : Boleh, terutama pada mereka yang mengalami
masalah keputihan dan haid tidak tetap.
Soalan : Kenapa Bidadari tak berkesan kepada sesetengah orang.
Jawapan : Sebab yang paling utama Bidadari tak
berkesan adalah kerana mungkin anda tidak pernah membuat detox ~ untuk
mengeluarkan toksin dari dalam badan. Oleh yang demikian, sila mulakan
detox dulu dengan Inte Cleanse, baru gunakan produk DCL seperti Guara
Cafe, Bidadari dan sebagainya untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Ataupun badan manusia berbeza antara satu sama
lain. Ada yg makan sedikit dah terasa kesan, ada yg makan berbotol-botol,
baru terasa kesan dan ada juga yg makan berbotol2 tak terasa kesan langsung.
Ada yg sesuai makan bahan2 herba, .ada yg tak sesuai, .ada yg sesuai
makan ubat2 kimia, ada yg tak sesuai. Sekiranya tidak sesuai pada anda,
tidak perlulah diteruskan pengambilan Bidadari.
Soalan : Saya baru sahaja mengambil Bidadari,
belumpun habis sebotol. Masalahnya bila bersama dengan suami bahagian
kelamin saya terasa sangat sempit dan menyakitkan. Apa yang harus saya
buat?
Jawapan :
Kurangkan dos. Sekiranya sebelum ini anda mengambil 2 sudu pagi, 2 sudu
malam sehari, kurangkan kepada 1 sudu pagi dan 1 sudu malam.
Soalan : Tindak balas yang mungkin
terjadi?
Jawapan :
Kesan tindakbalas pemulihan (Healing Crisis) kemungkinan dialami oleh
pengguna produk DCL; seperti mengantuk, sedikit keletihan, pening-pening,
sedikit menggigil dan sedikit rasa sakit-sakit di tempat tertentu (selalunya
di organ yang pernah bermasalah dan sedang mengalami masalah), kepada
sebilangan orang yang berdarah kotor (tidak buang air besar), kemungkinan
jerawat terjadi selepas beberapa hari. Jika berlaku keadaan seperti
di atas, diharapkan jangan panik. Ini bukan kesan sampingan. Ia adalah
kesan tindakbalas positif bagi tempoh sementara waktu sahaja. Teruskan
memakan dan minum air secukupnya.
